Thursday, June 3, 2010

Aisy Fatini

Pengalaman yang paling tidak dapat aku lupakan ketika mengandungkan anak kedua ku.Pada ketika itu aku tidak perasan langsung aku hamil 4 minggu.Aku menjalani rawatan membuang santau di mana aku dikehendaki menghabiskan sebiji air kelapa muda selama seminggu berturut-turut.
Mungkin kerana rezeki anak ku sebab ada rakan yang minum air kelapa muda di awal kehamilan keguguran.Mulanya aku agak panik,takut apa-apa terjadi pada kandungan ku…selain air kelapa aku juga makan tapai,sememangnya aku tak boleh tahan kalau nenek yang buat tapai..keenakakannya buat aku makan sampai 10 biji!Alhamdulillah anak aku sihat.

Aku tidak mengalami apa-apa alahan,Cuma seperti kandungan pertama suami ku akan muntah dan demam selama seminggu .Kandungan kali ini kurasakan mudah tanpa alahan yang teruk .
Aku menjalani rawatan seperti biasa sampai la 12 Mei 2007..aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja seperti biasa..hairan..kenapa keretaku tidak bergerak…rupa-rupanya tayarku dah kena curi..haiii ke tempat kerja naik teksi lah jawabnya…13 Mei pulak aku dah suami tidur di ruang tamu memandangkan anak sulungku hendak menonton kartun kegemarannya…rupa-rupanya rumah ku dipecah pencuri ..kami langsung tidak sedar ..paginya baru kami perasan bila aku lihat pintu bilik belakang terbuka…beg tangan ku dan suami dah dicuri…habis semua duit yg suami ku keluarkan untuk persiapan aku ke hospital…rasa sedih sangat sebab segala dokumen aku hilang..macammana kalau aku bersalin dalam masa terdekat ni..ah sudah…

Dan hendak dijadikan cerita pagi besoknya pukul 5.30 pagi aku dah mula terasa seperti hendak buang air besar..tapi tak sakit sangat.. sampai pukul 6.30 pagi aku kejutkan suamiku ..nasib baik aku dah ada rekod bersalin di hospital yang sama..dengan menunjukkan laporan polis alhamdulillah semuanya berjalan lancar…7.30 pagi aku dimasukkan ke bilik bersalin..dah bukak 4cm..jangkaan bersalin mungkin tengahari ,jururawat memesan makanan memandangkan aku belum sempat bersarapan 8.30 pagi sakitku makin kuat sarapan pun tak sempat ku sentuh walaupun aku lapar sangat.. 9.30 14 Mei lahirlah puteri ku yang ku namakan Aisy Fatini…yang kelakar nya disebabkan terlalu letih aku tak boleh buka mata untuk melihat puteriku untuk kali pertama .Hai anak mama ni macam-macam dugaan nak dapatkan kamu.

(Psssss....citer kat atas nih dah 2 tahun aku perap.. konon nak hantar kat Pa&Ma.. tak hantar2 pong heheheh )

No comments: